Home Nasional Terkunci 15 minit di bahagian ATM bank

Terkunci 15 minit di bahagian ATM bank

Seorang lelaki terperangkap kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan bomba apabila pintu sebuah bank di Cheng, Melaka terkunci secara automatik, tengah malam tadi.

MELAKA – Seorang lelaki terperangkap kira-kira 15 minit apabila pintu sebuah bank di Cheng, di sini terkunci secara automatik, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah malam itu, mangsa berusia 51 tahun dipercayai berurusan di mesin juruwang automatik (ATM) bank terbabit.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Norshah Saleh dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam.

“Sepasukan empat pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng dikejarkan ke lokasi bersama anggota polis.

“Sebaik tiba, didapati mangsa lelaki berusia 51 tahun masih terperangkap di bahagian ATM bank sebelum meminta mangsa membuka pintu dengan memecahkan kotak kaca butang kecemasan pintu untuk membuka pintu berkenaan.

Tambahnya, mangsa kemudian berjaya keluar dengan sendiri tanpa sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 1.06 pagi.