Home Dunia 3 penumpang bas maut dalam serangan di timur Syria

3 penumpang bas maut dalam serangan di timur Syria

DAMSYIK – Tiga orang terbunuh dan 21 lagi cedera pada Khamis apabila sebuah bas penumpang awam diserang di selatan wilayah timur Syria, Deir al-Zour, lapor agensi berita SANA.

Bas itu dalam perjalanan dari Bandar Aleppo di utara Syria ke Deir al-Zour.

Serangan itu berlaku di kawasan Shoula di selatan Deir al-Zour.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital Assad di ibu kota wilayah Deir al-Zour, kata laporan itu.

Syrian Observatory for Human Rights, pemantau perang yang berpangkalan di Britain berkata, Kumpulan IS merupakan dalang di sebalik serangan itu.

Ia turut mendakwa jumlah kematian sebenarnya empat orang.

Insiden ini adalah siri serangan hendap dan serangan IS di Deir al-Zour yang menyasarkan militan pro-kerajaan Syria, anggota tentera dan bas awam.

Pada 18 Mei, dua tentera Syria terbunuh oleh serangan IS di Deir al-Zour. – Xinhua