KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Halim Shafie dilantik sebagai Pengerusi Interim Celcom Axiata Bhd (Celcom) berkuat kuasa 2 Jun, 2022.
Pelantikan tersebut susulan peletakan jawatan oleh Datuk Izzaddin Idris sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Axiata serta Pengerusi Celcom, kedua-duanya berkuat kuasa 31 Mei, 2022.
Halim telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Axiata Group Bhd (Axiata) pada 1 November 2020.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Smart Axiata Co Ltd., menurut kenyataan di sini.
Jawatan terakhir beliau sebelum menyertai Axiata ialah Pengerusi MCMC yang dilantik buat kali kedua dari 2015 hingga 2018. – MalaysiaGazette