Home Nasional Kerajaan perlu tegas tangani pencerobohan perairan negara

Kerajaan perlu tegas tangani pencerobohan perairan negara

Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu tegas dalam menangani isu pencerobohan perairan negara terutamanya membabitkan kapal Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) dan dan Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (Plan).

Ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh berkata, beliau pernah menerima gambar-gambar yang menunjukkan kapal-kapal perang China berada di dalam perairan negara.

“Di mana APMM (Agensi Penguatkuasa Maritim) dan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), mengapa biarkan sempadan negara diceroboh. Ini bukan kapal biasa tapi merupakan kapal perang tentera asing?” katanya, hari ini.

Pada pertengahan tahun lalu, Komander Pasifik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) pernah mengutuk tindakan pesawat tentera China yang didakwa dengan sengaja terbang di perairan Malaysia sehingga memaksa TUDM mengerah pesawat pejuangnya untuk membuat pintasan.

Miro berkata, kerajaan sepatutnya segera mengemukakan nota bantahan dan mengesa dialog antarabangsa diadakan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Selain itu, tambah beliau dialog khas juga perlu diadakan bagi memastikan kedaulatan negara terjamin. – MalaysiaGazette