Home Politik Lebih baik PRU-15 dari kitar semula menteri Bersatu – Isham

Lebih baik PRU-15 dari kitar semula menteri Bersatu – Isham

Isham Jalil Muhyiddin Yassin appoint minister Ismail Sabri Prime Minister Zuraida Kamaruddin
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinasihatkan untuk tidak mengamalkan dasar kitar semula pemimpin yang sudah ditolak rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, daripada berbuat demikan lebih baik Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) diadakan dan biar rakyat membuat keputusan.

“Yang tulis manifesto tipu, PH, pelompat parti dan pejuang kereta terbang antara calon yang kita dengar Muhyiddin akan cadang jadi menteri dan dapat gaji berpuluh ribu sebulan dengan duit rakyat. Menghabiskan beras.

“Lebih baik serah semula mandat kepada rakyat dan kita boleh pilih semula menteri Kabinet baru selepas pilihan raya daripada kitar semula orang-orang dari parti yang telah ditolak oleh rakyat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin timbul desas desus empat nama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disenarai pendek bagi menggantikan kerusi Datuk Zuraida Kamaruddin selalu Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Nama-nama itu adalah Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.

Ia selepas Zuraida mengumumkan peletakan jawatan beliau beliau dalam Kabinet pada 26 Mei lalu.

Zuraida turut melepaskan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. – MalaysiaGazette