Home Nasional Seorang nelayan lemas, rakan masih hilang

Seorang nelayan lemas, rakan masih hilang

OP

PONTIAN – Salah seorang dari dua nelayan tempatan yang hilang ketika keluar menangkap ikan petang semalam di perairan Pontian ditemui lemas manakala rakannya masih belum ditemui.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan mengenai dua nelayan warga tempatan yang dipercayai tidak pulang setelah keluar menangkap ikan petang semalam.

Katanya, Op Carilamat diaktifkan pada jam 10.30 pagi tadi melibatkan tujuh aset daripada Zon Maritim Batu Pahat, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

‘Pada pukul 12.45 tengah hari tadi, seorang mangsa Mohd Khalid, 60 dipercayai salah satu mangsa yang hilang telah ditemui lemas di kedudukan 3.2 batu nautika muara Sungai Pontian Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala seorang lagi mangsa Abu Bakar, 56 masih tidak ditemui.

Op Carilamat itu melibatkan sektor pencarian seluas lima batu nautika dari Pulau Pisang dan sepanjang perairan Sanglang sehingga Tampok, Pontian turut dibantu oleh komuniti.nelayan setempat. – MalaysiaGazette