KUALA SELANGOR – “Fokus saya masih kepada Kementerian Kewangan.”
Itu jawapan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding di Kuala Selangor pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Kenduri Rakyat Komuniti Kuala Selangor di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam.
Artikel berkaitan:
- UMNO Sungai Besar sedia terima Tengku Zafrul – Jamal
- Tengku Zafrul nilai tambah buat UMNO Selangor – Dendera Billah
- Tengku Zafrul “humble man”, berjiwa rakyat – Noh Omar
Katanya lagi, bukan hanya Kuala Selangor, namun beliau meluangkan masa di banyak tempat khususnya untuk melihat perkembangan sektor ekonomi di kawasan tertentu.
“Saya meluangkan masa di banyak tempat termasuk Kuala Selangor, bukan hanya di Kuala Selangor. Bila kita buat polisi penting memahami keadaan di akar umbi (kawasan).
“Isu penting pada hari ini adalah memastikan ekonomi pemulihannya akan sentiasa berjalan sudah tentu ada cabaran tapi penting kerajaan mainkan peranan agar ekonomi bertumbug dan masalah rakyat dapat diselesaikan,” katanya lagi.
Baru-baru ini, ura-ura mengatakan Zafrul sedang mengintai beberapa kerusi di Selangor, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – MalaysiaGazette