KUALA LUMPUR- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Tonga pada pukul 9.07 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gegaran berlaku pada kedudukan 690 kilometer (km)Timur dari Laucala, Fiji dengan kedalaman 238 km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette