MGNews : Ia Hak PM Dan Tunggu Beliau Buat Keputusan – Zuraida

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menjelaskan beliau sedia untuk melepaskan jawatan dalam kabinet sekiranya diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, sedang bersedia untuk berjumpa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada bila-bila masa.