Home Sukan Seorang pemain Thailand bakal sertai Kedah?

Seorang pemain Thailand bakal sertai Kedah?

Kittisak Hochin.

KUALA LUMPUR – Nama seorang lagi pemain dari Liga Thailand  dikatakan bakal menyertai Kedah Darul Aman (KDA) pada jendela perpindahan yang sedang dibuka ketika ini.

Kittisak Hochin merupakan bintang Suphanburi Football Club dari Liga 2 Thailand, dikaitkan akan menyertai KDA FC apabila sebuah poster perpindahan yang memaparkan wajah pemain itu sedang tersebar di laman media sosial.

Kittisak yang berusia 28 tahun merupakan pemain tengah bagi pasukan Suphanburi FC dan bersama pasukan itu dia berjaya tampil sebanyak 16 kali sepanjang perlawanan musim 2021/2022.

Untuk rekod, pemain yang mempunyai ketinggian 1.73 meter itu juga pernah menjadi tonggak utama bagi pasukan Bawah 16 (B-16) dan Bawah 19 (B-19) Tahun Thailand.

Sebelum seorang lagi pemain Thailand, Youssef Elias Dolah menjadi bualan penyokong pasukan Kedah. – MalaysiaGazette