PADA 8 Jun lalu, tersebar surat penamatan jawatan Isham Jalil selaku Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor.
Tindakan oleh kepimpinan BN Selangor ini telah menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan di semua peringkat.
Figura seperti Isham sentiasa menjalankan peranan dan tugas beliau untuk menaikkan kembali parti UMNO tanpa rasa jemu sejak kerajaan BN kalah semasa PRU 14.
Beliau sentiasa turun padang menjalankan kerja penerangan, menulis dan menjawab tohmahan dari semua pihak, malah rajin pula menyiarkan hasil tulisannya di pelbagai medium media sosial.
Lagi pun, beliau merupakan orang berilmu dan berpengetahuan tinggi, dengan memiliki tahap pendidikan dua sijil sarjana di universiti terkemuka dunia, sekali gus meletakkan beliau sebagai ikon anak muda dalam UMNO.
Tindakan sebegini yang dibuat ke atas beliau, boleh menjatuhkan imej UMNO Selangor dan tidak keterlaluan seluruh Malaysia amnya.
Mengapa dan kenapa dilakukan sebegini rupa? Adakah permainan di sebalik permainan oleh pihak tertentu? Atau budaya lama dengan nyahkan siapa yang boleh mengugatkan kedudukan orang lama?
Sudah-sudahlah tu, kena ingat UMNO perlukan lebih ramai pelapis yang berguna demi survival parti untuk masa depan.
Kononnya jawatan tersebut tiada dalam perlembagaan BN adalah satu alasan menghapratkan diri sendiri.
Kita katakan yang kita orang lama kenapa baru tahu? Mengapa ketika hendak melantiknya pada 31 Mei 2020 kita tidak tahu? Adoiiii..
Kenapa ambo menulis untuk figura ini? Nak kata kawan rapat taklah sangat, jumpa adalah beberapa kali.
Cuma rasa kesal pihak kepimpinan BN Selangor membuat keputusan yang tidak adil kepada anak muda yang telah mendapat tempat di seluruh negara.- MalaysiaGazette
Rizduan Ibrahim adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas
Tu lah…lama kelamaan org yg bijak pandai tak kan masuk UMNO..yg masuk semua kaki bodek..belajar bodoh..buat statement pun buat org ketawa..UMNO akan ramai dgn org2 mcm Jamal Yunus, Shahidan dan Tajudin Rahman..org mcm mrk ni nak bersaing dan berdebat dgn Rafizi kaa? aiyoooo