Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata pencapaian Jabatan Penjara Malaysia yang berjaya melahirkan banduan berkemahiran adalah sesuatu yang harus dibanggakan.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jabatan dibawah KDN itu turut dibuktikan dengan dua pengiktirafan di peringkat antarabangsa iaitu pada ‘5th International Craft Awards 2021: Lifetime Achievement for contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion’ dan penyertaan di London Craft Weeks Mei lalu yang mempamerkan hasil tenunan penghuni penjara.