Home Nasional Geng Padil tumpas, polis tahan dua suspek

Geng Padil tumpas, polis tahan dua suspek

Wan Mohd Zahari (dua dari kanan) menunjukkan hasil rampasan dan serbuan ke atas Geng Padil di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis berjaya memberkas memberkas dua lelaki yang dipercayai dalang Geng Padil yang terbabit dalam lima kes samun di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua suspek cuba ditahan dalam serbuan di kawasan Batu Hitam.

Kedua-dua suspek berusia 22 dan 29 tahun merupakan warga tempatan cuba melarikan diri menaiki kenderaan Perodua Kancil warna perak yang didapati kenderaan yang telah dicuri pada 2 Jun lalu.

“Hasil pemeriksaan di dalam yang dinaiki suspek telah menjumpai senjata yang digunakan suspek, sebuah telefon bimbit, dompet, kad pengenalan dan beberapa komponen kenderaan dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan oleh kedua-dua suspek.

“Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek positif dadah jenis Meth. Semua saspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya ketika sidang media  hari ini.

Difahamkan kedua-dua suspek mula aktif kes jenayah berkaitan samun dan curi sejak Mei lalu.

Kedua-duanya berasal dari Pahang itu telah ditahan reman di bawah Sesyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 12 Jun 2022 untuk siasatan lanjut dalam penglibatan kes-kes jenayah yang lain.

Jelas Wan Mohd Zahari, suspek menjadikan warga asing yang berjalan berseorangan sebagai sasaran untuk melakukan samun.

“Dengan tertangkapnya dua suspek ini, pihak polis Kuantan berjaya menyelesaikan satu kes samun, dua kes curi kenderaan, kes kes curi dan satu kes pecah kedai.

“Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan berkaitan penglibatan kedua-dua suspek ini di dalam lain-lain kes jenayah di dalam daerah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Zahari berkata, kadar kes jenayah di Kuantan menurun sebanyak 32.6 peratus dan berlaku penurunan sebanyak 149 kes berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Tahun 2021 mencatatkan rekod 457 kes jenayah berbanding 308 dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. – MalaysiaGazette