Tiada insan suci yang tiada masa silam dan tiada insan berdosa yang tidak ada masa depan. Kata-kata itu sesuai menggambarkan bahawa setiap individu yang melakukan kesilapan wajar diberi peluang untuk berubah.
Bagi pesalah jenayah, hukuman yang diterima merupakan pengajaran yang benar-benar menginsafkan mereka.