Berbilion ringgit hasil keuntungan daripada bisnes dadah. Apakah dengan pemansuhan hukuman mandatori akan membantu membanteras kesalahan jenayah di negara ini?
Temu bual eksklusif bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay membongkar pelbagai isu termasuk kesalahan mandatori perlu kekal atau tidak.
Apakah usaha-usaha pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu dadah serta usaha memastikan tokan dan jerung akan dapat ditangkap.