Home Utama Wanita terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur

Wanita terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur

Tindakan pantas pihak bomba dan nelayan berjaya menyelamatkan mangsa yang terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur pagi tadi
Seorang wanita terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur di sini dalam kejadian pagi tadi dilaporkan selamat apabila tindakan pantas bomba dan nelayan menyelamatkan mangsa.

KUANTAN – Seorang wanita terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur di sini dalam kejadian pagi tadi dilaporkan selamat apabila tindakan pantas bomba dan nelayan menyelamatkan mangsa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan melalui sistem Mers 999 pada pukul 5.08 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Komander operasi juga meminta bantuan dari bot nelayan yang berada di kawasan berhampiran untuk mengambil mangsa.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal dan berjaya distabilkan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  dengan menggunakan jentera EMRS,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seramai sembilan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan telah diarahkan ke lokasi dengan kekuatan logistik dua sebuah jentera menggunakan FRT dan EMRS.

Motif kejadian masih dalam siasatan polis. – MalaysiaGazette