MGNews : Saya Dinasihat Tidak Membuat Kenyataan Yang Menyinggung Pemilihan-Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa-apa kenyataan mengenai pemilihan parti itu akan dibuat selepas pengumuman Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau sudah menghubungi Rafizi Ramli mengenai keputusan tidak rasmi yang mengangkat bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai Timbalan Presiden PKR.