Home Utama Dakwaan Azmin tinggalkan Bersatu satu propaganda murahan – Hilman

Dakwaan Azmin tinggalkan Bersatu satu propaganda murahan – Hilman

Mohamed Azmin Ali (left) and Muhammad Hilman Idham (right) Bersatu PBM Parti Bangsa Malaysia PPBM
Mohamed Azmin Ali (left) and Muhammad Hilman Idham (right)

KUALA LUMPUR – Laporan mengaitkan nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dijangka lompat parti adalah satu propanda murahan.

Setiausaha Politik Azmin, Muhammad Hilman Idham berkata, laporan itu sama sekali tidak benar.

“Itu cuma propaganda murahan,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette hari ini.

Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang melaporkan Mohamed Azmin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dijangka melompat parti.

Kedua-duanya dikatakan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengikut jejak Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Rosol Wahid menafikan dakwaan itu kerana Mohamed Azmin masih lagi hadir mesyuarat parti berbanding Zirauda yang sudah empat kali gagal menghadiri mesyuarat MPT.

Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan peletakan jawatanya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan juga Ahli MPT Bersatu.

Malah Zuraida turut mengumumkan menyertai PBM dan dilantik sebagai ‘presiden pengganti’ parti itu pada 9 Jun lalu. – MalaysiaGazette