KUALA LUMPUR – Empat daerah di Selangor dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir serta angin kencang hingga pukul 7 malam, hari ini.
Daerah tersebut ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran tersebut turut memaklumkan, kawasan lain yang terlibat termasuk Kuala Lumpur; Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan; Raub dan Bentong di Pahang serta Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama hingga pukul 6 petang bagi Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tanah Tinggi Cameron dan Rompin di Pahang; Segamat dan Mersing di Johor, Limbang di Sarawak serta Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah.
Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Justeru, orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapartkan maklumat terkini. – MalaysiaGazette