Home Nasional Kesan perang Ukraine, Malaysia hadapi masalah jika tiada penyelesaian kreatif

Kesan perang Ukraine, Malaysia hadapi masalah jika tiada penyelesaian kreatif

Temubual ekslusif SkopMG bersama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Studio MG, Sungai Besi, Kuala Lumpur. . Foto MUHD NA'IM, 01 APRIL 2022.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan Malaysia akan menghadapi masalah berganda sekiranya tidak mencari jalan penyelesaian kreatif ekoran peperangan di Ukraine.

Jelasnya, sekiranya tidak dicari jalan penyelesaian sekarang, Malaysia akan turut diheret ke dalam krisis ekonomi.

“Masalah berganda di seluruh dunia, perang di Ukraine, tanda-tanda ekonomi meleset – dijangka berterusan hingga 2023. Terbaru, amaran dari DHL mengenai rantaian bekalan. Maksudnya harga barang terus naik.

“Masalah Malaysia akan berganda jika tiada penyelesaian kreatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR itu merujuk kepada laporan Bloomberg mengenai amaran syarikat kurier antarabangsa DHL bahawa rantaian bekalan tidak akan pulih sehingga hari pasca Covid-19 tahun hadapan.

DHL memberikan amaran itu disebabkan pengurangan kiriman dan kontena menyebabkan bekalan tidak mencukupi untuk memulihkan aliran rantaian bekalan global ke keadaan sebelum pandemik.

Mac lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa dijangka menurunkan unjuran pertumbuhan global berikutan kerosakan ekonomi yang disebabkan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.  – MalaysiaGazette