Saksi pendakwaan ke-23 perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Naib Presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan AmBank, Salmah Daman Huri memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lebih Pound Sterling £8.7 juta (RM45,837,485.70) telah didepositkan ke satu akaun peribadi Ambank bernombor 2112022011880.
Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15,805,235.70 merupakan wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia (Y1M). Kesemua wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi tersebut melalui sistem Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (Rentas).