Home Ekonomi Scomi dapat lanjutan daripada nyahsenarai sehingga 30 November

Scomi dapat lanjutan daripada nyahsenarai sehingga 30 November

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Securities Bhd memutuskan untuk membenarkan rayuan dan tempoh lanjutan kepada Scomi Group Bhd (SGB) sehingga 30 Nov, 2022, daripada dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Securities.

Dalam makluman kepada Bursa itu hari ini, penyedia perkhidmatan global dalam industri minyak dan gas serta penyelesaian pengangkutan itu berkata ia diberi masa untuk menyerahkan pelan penyusunan semula kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk kelulusan.

Jangka masa yang dilanjutkan itu mengikut pertimbangan yang sewajarnya kepada semua fakta dan keadaan perkara itu termasuk pembentangan bertulis dan lisan di hadapan Jawatankuasa Rayuan. – BERNAMA