Home Nasional Pemindahan tapak pasar tani UTC Pahang ditangguh

Pemindahan tapak pasar tani UTC Pahang ditangguh

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda.

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menangguhkan pemindahan pasar tani UTC Pahang yang terletak di tengah bandara raya Kuantan ke tapak Serambi Teruntum yang sepatutnya dilaksanakan pada 19 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abdul Rahim Muda berkata, keputusan itu dilakukan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK), semalam.

“Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bercadang untuk memindahkan Tapak Pasar Tani UTC ditengah-tengah Bandaraya Kuantan ke Serambi Terumtum disebabkan oleh isu kesesakan lalu lintas.

“Aliran trafik sesak di Jalan Bukit Sekilau bersebelahan Tapak Pasar Tani UTC sehingga menganggu lalulintas kenderaan awam dan individu yang menggunakan laluan ini pada setiap Ahad.

“Keputusan ini pastinya melegakan peniaga-peniaga Pasar Tani UTC yang telah berniaga di sini hampir sembilan tahun selepas berpindah dari tapak Stadium Darul Makmur juga sementara menantikan laporan terperinci daripada pihak MBK,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru katanya, pengunjung Pasar Tani UTC diminta tidak meletakkan kenderaan atas Jalan Sekilau bersebelah tapak pasar tani selepas lampu isyarat Persimpangan Jalan Tun Ismail – Jalan Sekilau.

Ini kerana, kata Abd Rahim, ian menganggu kenderaan awam dan kenderaan lain yang menggunakan jalan tersebut.

Tambah beliau, sebagai alternatif tapak letak kereta di Stadium Darulmakmur masih boleh digunakan sebagai tempat letak kereta untuk ke Pasar Tani UTC Pahang. – MalaysiaGazette