HULU SELANGOR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terlibat dengan dalam kemalangan di Kilometer 425.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini sekitar 8.50 pagi tadi.
MalaysiaGazette difahamkan ketika ini keadaan Rayer stabil walaupun beliau agak ‘terkejut’ dengan kemalangan tersebut.
Kemalangan itu membabitkan Toyota Alphard milik Rayer dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Ford Kuga.
Wakil rakyat DAP itu juga ketika ini difahamkan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh sejurus nahas.
Seramai enam orang termasuk Rayer dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri demonstrasi aman sekumpulan peguam di Padang Merbok pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kemalangan berlaku apabila Ford Kuga berhenti di lorong kanan dipercayai dihalang satu objek besar.
Sewaktu Ford Kuga sedang mengubah haluan ke tengah, Toyota Alphard yang dari lorong kanan arah belakang cuba mengelak objek terbabit.
“Toyota Alphard itu turut mengubah haluan ke lorong tengah lalu melanggar bahagian belakang Ford Kuga,” katanya.
Berdasarkan gambar dari laman sosial, kereta Rayer remuk di bahagian depan dan sisi, selain cermin depan juga mengalami keretakan teruk.
MalaysiaGazette sedang cuba berhubung dengan Rayer ketika ini. -MalaysiaGazette
INGATKAN DAH mATI..orang macam rayer tak guna kepada Negara Malaysia kalau kat parlimen hanya macam monkey dalam zoo