Home Politik Gerakan mahu tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN pada PRU15

Gerakan mahu tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN pada PRU15

Dominic Lau Hoe Chai.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Parti Gerakan) berhasrat untuk bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah menerima senarai tersebut daripada pengerusi-pengerusi perhubungan negeri yang menunjukkan hasrat untuk bertanding pada PRU15 akan datang.

“Saya juga telah mengarahkan pengerusi-pengerusi negeri untuk mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional Negeri masing-masing supaya boleh mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikkan dan kejayaan kepada Perikatan Nasional pada PRU15,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat.

Selain itu, Gerakan akan menfokuskan kepada kualiti bukannya kuantiti pada PRU15 nanti.

Tambahnya, pada kali ini hanya kerusi yang menjadi sasaran atau peluang yang tinggi akan ditandingi parti itu sejajar dengan berhasrat untuk menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia. – MalaysiaGazette