MGNews: Lebih 67,000 Kediaman Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Dilulus – PM

67,944 unit kediaman di bawah 104 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutuan sudah mendapat kelulusan pembinaan setakat Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 97 projek diluluskan di Kuala Lumpur, diikuti tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan.