Home Seni Hidup Adibah minta rahsia penyakit kanser

Adibah minta rahsia penyakit kanser

Ani Mayuni. foto IQBAL BASRI, 26 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Rakan seperjuangan Allahyarham Adibah Noor dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan, Ani Mayuni mohon maaf kerana di terpaksa merahsia penyakit kanser yang dihidapi penyanyi itu.

Menurut Ani atau nama sebenarnya, Aishah An Nur Osman, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza.

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwah. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off.

“Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tidak keluar-keluar kita ingatkan Covid-19.

“Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kanser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya dalam rakaman perbualan yang dikongsi kepada media.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga perlu berpantang dan berehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi.

“Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya.

Semalam, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat pukul 7.30 malam tadi.

Sementara itu, jenazad arwah dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat pukul 9.16 ini untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disolatkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai pukul 10.30 pagi. – MalaysiaGazette