KUALA LUMPUR – Hasil pengeluaran ayam saiz besar khususnya gred AA di ladang ternakan telah berkurangan, dipercayai mempunyai kaitan dengan iklim dan makanan ternakan.
Ketua Unit Ayam Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Kwei Yew Tong berkata, ayam gred AA biasanya dilahirkan oleh ayam betina tua.
Katanya, kekurangan populasi ayam tua di ladang bermakna hasil telur gred tersebut di pasaran juga akan berkurangan.
“Selain itu, jika cuaca terlalu panas, maka ayam akan asyik minum air dan kurang makan. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti dan kuantiti telur.
“Makanan ternakan adalah dari Amerika Selatan dan kandungan zat untuk setiap pembelian mungkin berlainan dan menjejaskan gred telur yang dilahirkan,” katanya kepada China Press.
Hujah Yew Tong, pada ketika ini hasil telur kecil adalah lebih banyak manakala hasil telur besar berkurangan.
Mengenai kebenaran mengeksport ayam tertentu ke Singapura, Yew Tong menjelaskan, jenis ayam yang dieksport tidak mempunyai kaitan dengan isu kekurangan bekalan yang berlaku di Malaysia.
Beliau berkata, ayam kampung dan ayam hitam tidak mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia dan kebanyakan hasil adalah dieksport ke Singapura.
“Larangan eksport untuk ayam-ayam ini dipercayai adalah isu teknikal dan eksport telah dibenarkan semula,” katanya. – MalaysiaGazette