Home Nasional Covid-19: Tiada kes kematian, 1,690 kes baharu semalam

Covid-19: Tiada kes kematian, 1,690 kes baharu semalam

Petugas kesihatan melakukan kerja-kerja ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiada kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, sekali gus menjadikan angka terkumpulnya kekal kepada 35,732.

Sifar kematian itu adalah kali pertama sejak 18 Disember 2020.

Manakala kes jangkitan baharu Covid-19 turun semula di bawah paras 2,000 kes semalam kepada 1,690 dengan 10 kes import.

Pertambahan ini menjadikan kes terkumpulan jangkitan Covid-19 kepada 4,503,415.

Data laman sesawang COVIDNOW menunjukkan kes aktif Covid-19 sebanyak 25,944,

Daripada jumlah itu, sebanyak 3.9% atau 1,000 kes dirawat di hospital termasuk 23 di unit rawatan rapi dengan 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette