Kekurangan gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan jumlah penumpang yang ketara pada waktu puncak dikatakan antaraa faktor kesesakan di stesen-stesen utama LRT.
Tinjauan MalaysiaGazette di Stesen Pasar Seni pagi tadi mendapati, ia bermula kira-kira jam 7.45 hingga 9.15 pagi, namun keadaan terkawal dengan kehadiran anggota Polis Bantuan dan petugas syarikat pengendali.