KUANTAN – Seorang suri rumah sesuatu tidak kena berlaku setelah tiga hari tidak melihat kelibat jiran sebelah rumahnya.
Lantas, dia menghubungi waris lelaki itu dan mayat jirannya seorang warga emas ditemui di dalam rumah pada jam 10 pagi tadi.
Difahamkan mayat lelaki berusia 63 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berbau di sebuah perumahan dua tingkat di Bukit Setongkol, Kuantan.
Mangsa dikatakan menghidap penyakit tiroid dan asma ini baru sahaja kematian ibunya pada dua minggu lepas dan tinggal seorang diri.
“Kali terakhir melihat mangsa pada malam hari Jumaat lalu ketika mangsa basuh lantai. Selalunya mangsa akan keluar berjalan kaki pada waktu pagi, petang malam untuk mencari makanan.
“Tetapi pelik, apabila lampu depan rumah terpasang siang hari dan pintu terbuka sedikit sejak Sabtu. Saya menunggu dan memaklumkan suami keadaan rumah sebelah, sehari dua tidak nampak,” katanya.
Nana berkata, waris mangsa tiba kira-kira jam 11 pagi di rumah tersebut.
Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses siasatan lanjut sekitar jam 1 tengah hari tadi.
Pihak MalaysiaGazette telah menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan untuk mendapatkan maklumat lanjut. – MalaysiaGazette