Home Nasional Dua individu palsukan tuntutan KPDNHEP didenda RM436,000

Dua individu palsukan tuntutan KPDNHEP didenda RM436,000

Dua individu dikenakan denda RM436,000 selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

KUANTAN – Dua individu dikenakan denda RM436,000 selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Azura Alwi membacakan keputusan tersebut selepas kedua-dua tertuduh, Eng Wing Kuang dan Choy Lee See masing-masing berusia 53 tahun membuat pengakuan tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa mengemukakan penyata tuntutan bayaran bantuan kewangan palsu kepada kilang penapis dan pembungkus minyak kelapa sawit bernilai RM477,329.40 sekitar tahun 2019 sehingga 2020.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memberitahu, penyata terbabit bertujuan membekalkan minyak masak bersubsidi kepada peruncit-peruncit di sekitar Pahang sedangkan ia tidak dilakukan.

Selain itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM245,000 hasil tuntutan palsu kedua-dua tertuduh berkenaan ketika ditangkap.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Zainal Abidin.

Jika gagal membayar denda, kesemua tertuduh boleh  dikenakan hukuman penjara maksimum 10 bulan bagi setiap pertuduhan.– MalaysiaGazette