KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menyelesaikan masalah berkaitan harga barang dengan menggunakan aplikasi PriceCatcher.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, menerusi aplikasi tersebut pengguna boleh menyemak harga barang sama ada ia mengikut harga ditetapkan ataupun sebaliknya.
Dengan aplikasi itu juga, pengguna mendapat maklumat mengenai harga pasaran bagi keperluan harian.
“Pengguna dapat mengenal pasti harga barangan di premis berhampiran dengan kawasan mereka.
“Pengguna turut boleh membandingkan harga barang yang dikehendaki di premis-premis berdekatan,” katanya.
Menurut KPDNHEP lagi, aplikasi itu dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan.
Justeru, kementerian berkenaan menggalakkan agar orang ramai memanfaatkan kemudahan yang disediakan bagi mengelak mereka terpedaya dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap harga barang. – MalaysiaGazette