Home Seni Hidup Nafi bertunang dengan Syamsul, Ira masih solo

Nafi bertunang dengan Syamsul, Ira masih solo

Foto Instagram Ira Kazar.

KUALA LUMPUR – Anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar akhirnya tampil menafikan beliau sudah bertunang dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Menerusi Instastory miliknya, Ira mengakui dirinya masih bujang dan tidak pernah terikat dengan mana-mana lelaki.

By the way (Selain itu) Saya masih lagi single (solo),” katanya secara ringkas.

Semalam, pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, turut menafikan dia sudah bertunang dengan Ira seperti didakwa netizen di media sosial.

Nama Ira mula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah sebelum ini menerima mesej peribadi (DM) di Instagram berkongsi mengenai laporan portal hiburan yang mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira.

Memberi reaksi kepada kiriman DM itu, Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3. – MalaysiaGazette