Home Nasional OKT cuba gantung diri dalam lokap, meninggal dunia 5 hari kemudian

OKT cuba gantung diri dalam lokap, meninggal dunia 5 hari kemudian

Tiga lelaki dicekup disyaki terlibat rusuhan dan khianat pecah cermin kereta tepi jalan di Sri Petalingpada Isnin. lalu. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang suspek lelaki yang telah ditangkap untuk membantu siasatan berhubung kes jenayah dadah cuba menggantung diri di dalam lokap di Shah Alam sebelum ini disahkan meninggal dunia di hospital.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pada 15 Jun lalu, Orang Kena Tahan (OKT) yang berusia 39 tahun itu telah ditangkap dan ditahan di Lokap Berpusat Shah Alam bagi membantu siasatan di bawah Sekyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“OKT berkenaan tiba-tiba cuba menggantung diri di lokap berpusat tersebut namun telah berjaya diselamatkan oleh anggota bertugas ketika itu serta dihantar ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, lelaki itu telah dirawat di Hospital Shah Alam sejak hari beliau cuba bunuh diri.

“Namun, pada 20 Jun lalu jam 5.40 petang, Pegawai Perubatan telah mengesahkan bahawa OKT berkenaan telah meninggal dunia di hospital tersebut.

“Punca kematiannya masih belum diketahui dan rentetan itu Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berkaitan kes ini,” katanya.-MalaysiaGazette