
KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$109.2 bilion pada 15 Jun 2022, susut berbanding AS$112.8 bilion pada 31 Mei 2022.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette