SEJAK kebelakangan ini panas di media sosial berkaitan dengan isu kenaikan gaji Pengerusi FGV yang diviralkan.
Di dalam media sosial seperti Facebook Suara Generasi Baru Felda (SGBF) dan WhatsApp group SGBF, banyak isu ini yang dibangkitkan.
Apa yang saya perhatikan maklum balas daripada sahabat-sahabat, ramai yang kurang memahami tentang FGV. Ramai yang tidak berpuashati dengan pihak FGV kerana kegagalan Felda contohnya berkaitan isu penyata hutang, kegagalan pengurusan ladang, ketiadaan buruh dan kenaikan kos operasi ladang. Untuk makluman semua segala isu berkenaan, ianya langsung tiada kaitan dengan pihak FGV.
Tambahan pula pihak syarikat FGV ini baru diambil alih oleh pihak Felda, walaupun dahulu FGV ini milik Felda tetapi kerana kerakusan daripada pentadbiran terdahulu, FGV keluar daripada Felda.
Terdapat ramai lagi warga Felda tidak mengetahui bahawa FGV ini sekarang masih belum lagi dimilik Felda 100%.
Jika dibandingkan dengan kos gaji dan pentadbiran FGV dulu lebih tinggi berbanding dengan yang ada sekarang dan banyak pembaziran, boros daripada pentadbiran yang dulu.
Hanya segelintir orang saja yang mengetahuinya.Jadi oleh sebab itu,saya lihat ramai sahabat-sahabat marah apabila isu kenaikan fee gaji chairman FGV diviralkan.
Saya tidak hairan apabila ramai sahabat-sahabat yang beremosi tentang isu kenaikan fee gaji ini. Saya memahami perasaan sahabat-sahabat yang masih kecewa kerana FGV tidak dapat memberi keuntungan kepada warga Felda seperti apa yang dijanjikan dulu.
Ibarat peneroka jatuh ditimpa tangga kerana tidak mendapat untung, peneroka pula diarahkan menjual saham kepada Felda dengan harga rugi.
Walaupun sudah rugi, sampai sekarang masih ada peneroka atau waris yang belum dapat duit saham ini.Jadi ramai yang tidak berpuashati pada pihak FGV.
Untuk makluman, kegagalan pembayaran ini sebenarnya dibawah tanggungjawab Felda bukannya di pihak FGV. Inilah hakikat yang sebenarnya yang perlu peneroka dan waris perlu tahu.
Kira kira 2/3 tahun yang lepas saya dan arwah Datuk Zulkifli Wahab (Dato Zul) telah banyak membokarkan tentang pembelanjaan boros dan pembaziran, begitu juga dengan gaji yang tinggi dibayar kepada pegawai yang baru dilantik walaupun pada masa itu saham FGV sudah jatuh di bawah paras RM1 sahaja.
Saya dan arwah Dato Zul dipanggil oleh pihak polis atas tuduhan hasutan, alhamdulillah kami di lepaskan dengan bukti-bukti kukuh yang kami miliki pada masa itu.
Sekarang saya dapat lihat FGV telah diurus dengan lebih baik dan berhemah dan tiada lagi pembaziran/boros yang berlaku di dalam pentadbiran di bawah pengerusinya, Datuk Dzulkifli Wahab.
Kami beharap dengan keuntungan hampir RM1 bilion FGV akan dapat dirasai bersama oleh peneroka, walaupun saham FGV peneroka telah dijual.
Kami percaya dengan kepimpinan Dato Dzulkifli Wahad yang tidak akan lupa kepada warga peneroka.
Saya sebagai Pengerusi SGBF berharap sahabat-sahabat memahami dengan jelas bahawa isu kenaikan gaji ini sebenarnya ada agenda tersembunyi dari seseorang untuk memburukkan kepimpinan di bawah Dato Dzulkifli Wahab sebagai Pengerusi FGV.
A. Rashid Ridha
Pengerusi SGBF