KUALA LUMPUR – Negara merekodkan sebanyak 2,302 kes jangkitan Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 4,516,936.
Bagaimanapun tiada kes kematian direkodkan.
Sehingga kini jumlah terkumpul kes kematian Covid-19 dalam negara sebanyak 35,745.
Kes aktif pula sebanyak 28,010, menurut laman sesawang COVIDNOW.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,034 kes menerima rawatan di hospital termasuk 33 di unit rawatan rapi hospital dengan 18 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang direkodkan dalam tempoh sama pula 2,539 menjadikan kes kumulatif sebanyak 4,490,906. – MalaysiaGazette