Home Nasional Kamarulsyah Muslim dilantik Pengarah APM Melaka

Kamarulsyah Muslim dilantik Pengarah APM Melaka

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Lt Kol (PA), Kamarulsyah Muslim dilantik sebagai Pengarah APM Melaka yang baharu berkuatkuasa hari ini.

MELAKA – Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor, Lt Kol (PA), Kamarulsyah Muslim dilantik sebagai Pengarah APM Melaka yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam APM negeri, Leftenan (PA) Erma Rizuan berkata, pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas kematian mendiang Lt Kol (PA), Cuthbert John Martin Quadra akibat penyakit tumor mediastinum pada 14 Jun lalu.

Menurutnya, Kamarulsyah sebelum ini pernah bertugas selama enam tahun di Melaka dan kepulangan ke negeri Hang Tuah ini sememangnya ditunggu-tunggu warga APM.

“Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama pegawai dan kakitangan tetap APM di Pejabat Pertahanan Awam Melaka, hari ini bagi menyampaikan amanat,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Kamarulsyah menyertai APM pada 2007 sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam dan pernah menjadi Timbalan Pengarah APM Melaka sebelum ditukarkan ke APM Negeri Johor pada 8 Ogos tahun lalu.

Beliau merupakan anak jati Melaka yang berasal dari Taman Maju, Jasin dan berkhidmat di APM Melaka sejak 5 Januari 2015 hingga 25 Julai 2021.