Home Seni Hidup Anak perempuan Lufya Omar hampir diculik

Anak perempuan Lufya Omar hampir diculik

Instagram Lufya Omar

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar berdepan detik cemas selepas diserang seorang lelaki yang didakwa cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura.

Berkongsi pengalaman pada insiden Ahad lalu, Lufya berkata, kejadian berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara.

Beliau berkata, lelaki berkenaan memukulnya menggunakan kayu di kepala, wajah dan badannya.

“Dua hari lalu saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya. Masa itu kami berada di sebuah playground di Kota Damansara, lebih kurang pukul 4 ke 5 petang.

“Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu di kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya,” katanya menerusi Instagramnya.

Namun beliau bersyukur selamat dan anaknya dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. Im a fighter!” katanya yang membuat laporan polis mengenai kejadian yang sama.

Dalam pada itu, Lufya turut menggesa para wanita belajar untuk mempertahankan diri agar dapat melindungi keselamatan diri dan keluarga apabila berlaku situasi cemas. – MalaysiaGazette