Home Sukan Gabriel Jesus hampiri Arsenal

Gabriel Jesus hampiri Arsenal

Gabriel Jesus. Foto sportingnews.com

LONDON – Arsenal dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penyerang Manchester City, Gabriel Jesus selepas pemain itu bersetuju dengan terma peribadi yang ditawarkan.

The Gunners sedia membayar yuran perpindahan bernilai £45 juta (RM243.36 juta) yang diminta oleh City dan perpindahan tersebut bakal menjadi kenya­taan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Jesus akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pasukan berkenaan.

Dia pernah bekerja bersama-sama pengurus, Mikel Arteta ketika pengendali The Gunners itu menjadi pembantu pengurus di Etihad dilapor

Difahamkan, City bakal menggunakan wang bayaran perpindahan tersebut untuk menampung dana bagi membawa masuk pemain tengah Leeds United, Kalvin Phillips yang dianggarkan bernilai £42 juta (RM227.14 juta) tidak termasuk bayaran tambahan lain.

Arsenal sebelum ini kehilangan Alexan­der Lacazette yang kembali ke pasukan lamanya, Lyon dan Pierre-Emerick Aubame­yang yang menyertai Barcelona pada Januari lalu.

Jesus menjadi pemain sasaran Arteta sejak sekian lama dan pengurus dari Sepanyol itu berharap kehadiran pemain antarabangsa Brazil itu mampu memberikan impak yang baik terutama di bahagian serangan pasukannya.