Home Dunia Kanak-kanak setahun mangsa korban bawah 12 tahun pertama di Singapura

Kanak-kanak setahun mangsa korban bawah 12 tahun pertama di Singapura

Hospital Singapura. Gambar hiasan

SINGAPURA – Seorang kanak-kanak kecil berusia satu setengah tahun yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia semalam, kematian pertama di Singapura yang disebabkan oleh virus itu pada pesakit di bawah umur 12 tahun, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, kementerian tersebut mengulangi nasihatnya supaya semua kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun perlu diberi vaksin, terutamanya jika mereka mempunyai penyakit kronik.

Dalam kenyataan berasingan, pihak berkuasa juga menggesa orang ramai untuk mengambil vaksin dan dos penggalak sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes Covid yang didorong oleh varian baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong tidak boleh menolak pelaksanaan sekatan Covid-19 lagi kerana ia menghadapi lonjakan kes baharu, lapor Straits Times.

Secara berasingan, media CNA memetik Wong sebagai berkata, Singapura perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kontingensi.

Pelarasan kepada langkah akan dibuat “jika perlu”, katanya.

Amaran Wong dibuat selepas purata jangkitan harian dalam tempoh tujuh hari meningkat kepada lebih 5,500 daripada sekitar 3,500 pada awal Jun.

Kira-kira 92% penduduk Singapura diberi vaksin dua kali, manakala lebih daripada tiga daripada empat juga telah mendapat penggalak Covid-19.

Kemasukan ke hospital sebahagian besarnya kekal stabil, walaupun jumlah pesakit yang dijangkiti virus telah meningkat melebihi 300 pada minggu lalu, menurut data Kementerian Kesihatan. – MalaysiaGazette