Home Utama Mohamaddin Ketapi tinggalkan Bersatu

Mohamaddin Ketapi tinggalkan Bersatu

Datuk Mohamaddin Ketapi. foto FAREEZ FADZIL, 28 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengumumkan  keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas tidak diberi peranan dalam parti tersebut sejak menyertainya pada November lalu.

Malah katanya, beliau dan penyokongnya disisihkan oleh jentera Bersatu.

“Dari awal lagi penyokong saya berminat untuk menyertai Bersatu melalui bahagian ini, tetapi mereka ditolak,” katanya ketika sidang media.

Katanya, beliau akan menjadi ahli parlimen dan ADUN bebas yang mesra kerajaan.

Pada Oktober tahun lalu, Mohamaddin meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sebulan kemudian beliau mengumumkan menyertai Bersatu. – MalaysiaGazette