KUALA LUMPUR – Satu senarai kepimpinan baharu UMNO tersebar di media sosial hari ini.
Senarai yang dinamakan ‘saf kepimpinan UMNO selepas pemilihan’ dimuatnaik di Twitter dengan menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Presiden UMNO yang baharu.
Ia dimuatnaik oleh pelayar Twitter, @RajamohdShahrim atau Buletin RMS.
Selain memaparkan wajah Ismail Sabri, wajah-wajah yang dipamerkan adalah Tan Sri Annuar Musa sebagai Timbalan Presiden.
Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendahului denarii, selain naib presiden sedia ada, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut berada dalam senarai tersebut.
Seorang lagi adalah Khairy Jamaluddin yang pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Sayap kepimpinan UMNO dilihat berubah dengan Ketua Pemuda oleh Shahril Hamdan dan Ketua Pergerakan Wanita diletakkan wajah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid.
Ketua Pergerakan Puteri juga memaparkan wajah orang baharu iaitu Nurul Amal Mohd Fauzi.
Dalam pada itu, jawatan lantikan seperti Setiausaha Agung diisi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Penerangan pula adalah Tan Sri Noh Omar dan Bendahari UMNO pula dilantik bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baharu dipecat, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. – MalaysiaGazette
Kih kih..ni semua senarai yg tidak disukai oleh akar umbi UMNO