Home Akhbar Cina Nurul Izzah sedia mempertahankan Permatang Pauh

Nurul Izzah sedia mempertahankan Permatang Pauh

Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR – Puteri reformasi Nurul Izzah Anwar bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya akan datang.

Nurul Izzah berkata, faktor paling penting dalam isu bertanding adalah kepimpinan parti, tetapi beliau bersedia untuk mempertahankan Permatang Pauh sekiranya diberi mandat oleh PKR.

“Sekiranya diberi peluang, saya berharap dapat meneruskan projek-projek yang diadakan di Permatang Pauh, malahan memperluaskannya ke seluruh negara.

“Tidak kira apa jua hasilnya, saya akan menghormati keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan bertulis kepada Nanyang Siang Pau.

Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan tidak akan bertanding lagi dan seterusnya melepaskan jawatan naib presiden peringkat PKR pusat dan jawatan parti di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, kekalahan teruk PKR dalam beberapa pilihan raya negeri menyebabkan sesetengah penyokong PKR merindukan Nurul Izzah dan Mohd. Rafizi Ramli dan berharap mereka akan kembali ke politik arus perdana. – MalaysiaGazette