KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 semalam sebanyak 2,605 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,525,431.
Angka kematian terus bertambah kepada 35,763 dengan lima kematian dalam tempoh sama, menurut data COVIDNOW.
Kes aktif yang dilaporkan pula sebanyak 28,714 termasuk 1,187 dirawat di hospital.
Daripada jumlah itu, 42 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 24 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette