Home Nasional 2,773 kes Covid-19 semalam, empat kematian

2,773 kes Covid-19 semalam, empat kematian

Petugas hospital membawa mayat selepas dipercayai jangkitan wabak Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 melonjak kepada 2,775 semalam dengan enam kematian.

Data Covid-19 menunjukkan sebanyak empat kes jangkitan kes import.

Jumlah itu menjadikan kes terkumpul Covid-19 di negara ini terus bertambah kepada 4,531,063.

Manakala kes kematian pula sebanyak 35, 771.

Kes aktif yang dilaporkan dalam tempoh sama sebanyak 30,217.

Daripada jumlah itu, sebanyak 28,892 kes menjalani kuarantin di rumah manakala 1,252 atau 4.1% di hospital.

Kes yang dirawat di unit rawatan rapi pula sebnayak 47 dengan 28 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette