Home Politik PRU15 tak perlu RUU Anti Lompat Parti – Pemerhati

PRU15 tak perlu RUU Anti Lompat Parti – Pemerhati

Temubual SkopMG bersama Pemerhati Politik, Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hijaz di Studio MG, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Kali Ke-15 (PRU15) boleh diadakan tanpa menunggu Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibahas atau dimuktamadkan di Parlimen.

Pemerhati politik, Amir Hijaz Fans berpendapat, perkara demikian dilihat hanya menyekat demokrasi di negara ini.

“Saya dah pusing satu dunia, tidak ada negara yang buat akta ini.

“Kenapa nak larang orang melompat? Kalau siapa nak tinggalkan parti, terpulanglah, ini tidak sihat,” katanya menerusi program bual bicara SKOP MG, terbitan Malaysia Gazette.

Beliau berkata, jika mana-mana ahli Parlimen tidak lagi serasi dengan parti lama, tidak menjadi kesalahan untuk memilih parti baharu asalkan kerusi yang dimenangi dipulangkan kepada parti sebelum ini.

“Bagi saya itu sudah cukup baik. Kebebasan demokrasi perlu diteruskan.

“Jadi, nak pinda akta itu bukan lompat parti tetapi lebih spesifik pulangkan kepada parti yang menang kerana saya yakin, mereka yang menang ini adalah kerana parti bukan bersifat individu,” katanya lagi.

Jelasnya, Malaysia terlalu mengikat kebebasan berpolitik jika akta demikian diangkat.

“Jangan kita terlalu menutup ruang kepada kepada pemimpin.

“Segerakan sahaja PRU15, rakyat penat dengan permainan orang atasan,” jelasnya.

Pada April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan RUU Anti Lompat Parti dijangka dibentang di Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat, Julai ini. – MalaysiaGazette