Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, penganggur yang disyaki menekup kekasihnya dengan bantal sehingga mati di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang akan didakwa di mahkamah esok.
Jelas beliau, pihaknya telah mendapat arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi pertuduhan terhadap suspek.