Home Nasional Audit 1MDB: Shafee sakit tekak, soal balas Arul Kanda tangguh

Audit 1MDB: Shafee sakit tekak, soal balas Arul Kanda tangguh

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy .

KUALA LUMPUR – Prosiding kes pindaan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy ditangguhkan hari ini selepas salah seorang peguambelanya tidak sihat.

Hari ini sepatutnya hari ini peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan sesi soal balasnya dengan Arul Kanda namun tidak dapat hadir ke mahkamah selepas sakit tekak sejak pagi tadi.

Seorang lagi peguam Najib, Rahmat Hazlan mengesahkan prosiding hari ini tidak berjalan memandangkan Muhammad Shafee tidak berapa sihat untuk melakukan soal balasnya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pendakwaan memanggil mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib mengikut Seksyen 63 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk makluman, sebelum ini, Arul Kanda sudah selesai membacakan keterangan saksi pendakwaan dan prosiding bersambung dengan peguam bela menyoal balas.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah .

Najib yang juga bekas perdana menteri bersama-sama Arul sedang berdepan dengan tuduhan meminda laporan syarikat pelaburan strategik itu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa menggunakan kedudukan sebagai Menteri Kewangan ketika itu dalam mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelak sebarang tindakan terhadapnya.

Arul Kanda pula dituduh bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette